Thursday, January 29, 2009

ZUHUD DARI KACATA MATA MOHAMAD SABU

ZUHUD DARI KACATA MATA MOHAMAD SABU

OLEH ARIS AWANG
Kita Adalah Hamba Tuhan.... Mengertilah apa yang di maksudkan dengan HAMBA

Pemuda dan pemudi ku....

Baru-baru ini, aku ada perbincangan seronok-seronok dan lawak-lawak (tak seriuslah maksudnya) mengenai Penyakit Umat Islam "Berlumba-berlumba mengejar Dunia". Setelah selesai baca teks, ramai juga bagi pandangan, aku hantar SMS kepada Hj Nan Ayam (La tukar Hj Nan Cetak)......... "Contoh orang yang tidak berlumba mengejar dunia, ialah Ahmadinejad".

Hj Nan Cetak jawab balik SMS, "Sentu...... laaaa...".

Sambil dok melengu (bahasa Kedah, tak tahu nak terjemah) semasa perbincangan sedang berlangsung aku teringat, satu hari jumpa Bang Mat (Hj Mohamad Sabu) sedang tanya seseorang sebab naik kereta buruk.

Berikut perbualan itu lebih kurang,

Bang Mat: "Awat tak tukar kereta".

Seseorang: "Saja..... nak zuhud sikit".

Bang Mat: "Nak Zuhud, ka? .... tak dak duit ka?.....

Seseorang: "He... he, he,...... tak dak duit".

Bang Mat: "Haaaa..... baik habaq (cakap) bagi betui...., kata tak dak duit, jangan salah guna istilah Zuhud".

Lepas itu Bang Mat pun bersyarah kepada seseorang tersebut, "Zuhud ni macam Rasulullah saw, walaupun sudah memerintah menguasai dunia, nak guna cawan emas untuk minum air pun boleh masa itu, tetapi baginda tak guna cawan emas, sebab Zuhud, nak tidur atas katil emas dan tilam emas pun boleh masa tu sebab baginda ada hasil rampasan perang yang banyak, dan kalau buat siapapun tak kata apa sebab dia Ketua Negara dan Nabi Allah yang maksum, lebih-lebih lagi kalau beri alasan kerajaan saingan semasa itu, iaitu Parsi dan Rom, pemerintah mereka semua hidup mewah belaka, kitapun kena tunjuk haibah kepada mereka baru mereka terima dan hormat kita. Tapi Nabi yang mulia tidak buat macam tu sebab apa? Sebab dia Zuhud tak ligan dunia."

Prang.... prang.... Bang Mat ceramah tajuk "Zuhud"..... aku terpikir dalam hati, "boleh tahan orang tua ni, tasawuf dia tinggi ni...".

Akhirnya, Bang Mat sebut, "aku pun tak boleh nak Zuhud seperti yang ditunjuk oleh Rasulullah saw, tetapi aku boleh tunjuk orang yang zuhud di zaman ini, yang masih memerintah dan masih hidup iaitu Ahmadinejad, kita ni kena ambik dia sebagai contoh kontemporari yang ada depan mata"

Seseorang itu mencelah, "Huissss.......... dia tu Syiah sesat.... orang Syiah masuk neraka"

Aku tak ingat, apa Bang Mat jawab kepada seseorang selepas itu...

Untuk berkongsi mengenali ke zuhudan orang yang bernama Ahmadinejad, Presiden Iran sekarang sila klik disini atau baca buku "Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam" - karangan Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim dan Alfian Hamzah (mereka adalah wartawan Indonesia yang boleh berbahasa Parsi), terbitan PTS Publications Sdn Bhd.

Wahai pemuda dan pemudiku, jangan salah faham.... Zuhud bukan bermakna malas kerja mencari rezeki Tuhan, Zuhud bukan bermakna malas menggunakan seluruh kreativiti akal untuk mereka cipta ciptaan baru. Fahamilah Zuhud dengan sebenar-benarnya dan dengan itu kita akan menguasai dunia bukan dunia yang menguasai kita.

Lebih banyak lagi ilmu yang perlu ku timba dari lubuk hati orang yang bernama Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS.

Kata Dusta yang paling aku benci, "Pemimpin Berjiwa Rakyat"

BIMBANG DAN TUMBANG

BIMBANG DAN TUMBANG

Penulis Tamu - ibnabdullah awab

Suloh Kandil.
"Ajaklah manusia kepada 'Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula, sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang LEbih Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan Dialah Yang Lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk". - (Al Quraan- Surah An-Nahl: 125)

"Bumi telah menjadi sempit bagi mereka, pada hal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit pula terasa oleh mereka, sedang mereka telah mengetahui, bahawa tidak ada tempat lari dari seksaan 'Allah melainkan kepadanya saja". - (Al Quraan- Surah At Taubah: 118)

"Sesungguhnya 'Allah dan malaikatnya bersalawat untuk nabi, hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam kepadanya" - (Al Quraan- Surah Al-Ahzab: 56)

'Sesungguhnya salah saorang daripada kamu adalah teladan kepada saudaranya. Apabila dia mengetahui kesusahan saudaranya hendaklah dia berusaha menghilangkannya'. - (Hadis Riwayat: Tirmizi)