Monday, February 23, 2009




Pagi Ahad lebih kurang jam 10 pagi berlangsungnya majlis penghargaan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar kepada Unit Amal Pas, Bloggers dan Media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Majlis tertutup tersebut adalah sebagai menghargai peranan dan kehadiran ketiga-tiga pihak tersebut sepanjang Dato' Seri Ir Nizar menghuni dan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak di kediaman rasmi tersebut.

Sebelum itu, cara bermula dengan kawat hormat oleh Unit Amal sebelum majlis berlangsung. untuk pengetahuan korang, unit amal adalah satu-satunya pihak yang terlibat secara langsung didalam menjaga keselamatan dan mengatur kelicinan sesuatu majlis sepanjang tempoh bermulanya krisis politik di Perak.

Hadir dengan uniform lengkap berwarna merah darah dan juga barret tertulis Unit Amal, para petugas dilihat amat berdisipilin sepanjang bertugas. tahniah buat Unit Amal yang sentiasa bersedia tak kira walau didalam apa juga krisis.

Sepanjang para bloggers bekerja dibilik media Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak juga, unit amal telah banyak membantu didalam soal menjaga keselamatan peralatan-peralatan para bloggers ketika ditinggalkan untuk tugasan luar.

Untuk itu, jutaan ucapan terima kasih dari para Bloggers. Tepat jam 10:00 pagi Dato' Seri Ir Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar menuju kekawasan para jemputan khas berkumpul.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari Unit Amal, kemudian diteruskan dengan ucapan khas wakil Bloggers iaitu al-Banjari (*)"sayalah al-Banjari..!",kata-kata paling popular minggu ini-dugong darat&ummi..wakakaka !!, serta ucapan dari lain-lain pimpinan yang hadir dan diakhiri oleh ucapan dari YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Dalam ucapannya, beliau meluahkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang berlaku krisis politik di Perak.

Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Ir Nizar mengingatkan para media agar sentiasa menyaurkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat berita yang benar. beliau juga menyelar sikap sesetengah media perdana yang kerap memutarbelitkan isu-isu yang berbangkit dan sentiasa bersikap berat sebelah.

Majlis seterusnya diterusan dengan acara makan-makan. semua tetamu khas dijamu dengan makanan ringan pengalas perut iaitu bihun goreng, goreng, kuih-muih dan juga minuman sirap kenduri-kendara.

Selepas selesai melantak, diadakan pula sidang akhbar khas untuk para media yang hadir untuk menjawab berbagai soalan-soalan yang diajukan oleh par wartawan yang hadir.

acara terakhir ialah keberangkatan Dato' Seri Ir Nizar ke kediaman barunya yang dirahsiakan tempatnya (buat sementara). dengan rasminya pada hari ahad bersamaan dengan bla bla bla bla bla (korang carik la sendiri tarikh... tak kan semua aku nak sodok...) maka rasmilah Dato' Seri Ir Nizar meninggalkan kediaman rasminya.

Aku dah malas nak taip... hangpa tengok gambar je la...


sumber: Perisik Rakyat..bravo!

(*) Bloggers@HOT - Siasatan keatas Speaker V Sivakumar dihentikan serta merta !

Tuesday, February 24, 2009
(*) Bloggers@HOT - Siasatan keatas Speaker V Sivakumar dihentikan serta merta !
Hasil siasatan lebih dua jam terhadap V Sivakumar.

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi

Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasaa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.
Posted by albanjari at 2:00 PM 0 comments Links to this post

Thursday, January 29, 2009

ZUHUD DARI KACATA MATA MOHAMAD SABU

ZUHUD DARI KACATA MATA MOHAMAD SABU

OLEH ARIS AWANG
Kita Adalah Hamba Tuhan.... Mengertilah apa yang di maksudkan dengan HAMBA

Pemuda dan pemudi ku....

Baru-baru ini, aku ada perbincangan seronok-seronok dan lawak-lawak (tak seriuslah maksudnya) mengenai Penyakit Umat Islam "Berlumba-berlumba mengejar Dunia". Setelah selesai baca teks, ramai juga bagi pandangan, aku hantar SMS kepada Hj Nan Ayam (La tukar Hj Nan Cetak)......... "Contoh orang yang tidak berlumba mengejar dunia, ialah Ahmadinejad".

Hj Nan Cetak jawab balik SMS, "Sentu...... laaaa...".

Sambil dok melengu (bahasa Kedah, tak tahu nak terjemah) semasa perbincangan sedang berlangsung aku teringat, satu hari jumpa Bang Mat (Hj Mohamad Sabu) sedang tanya seseorang sebab naik kereta buruk.

Berikut perbualan itu lebih kurang,

Bang Mat: "Awat tak tukar kereta".

Seseorang: "Saja..... nak zuhud sikit".

Bang Mat: "Nak Zuhud, ka? .... tak dak duit ka?.....

Seseorang: "He... he, he,...... tak dak duit".

Bang Mat: "Haaaa..... baik habaq (cakap) bagi betui...., kata tak dak duit, jangan salah guna istilah Zuhud".

Lepas itu Bang Mat pun bersyarah kepada seseorang tersebut, "Zuhud ni macam Rasulullah saw, walaupun sudah memerintah menguasai dunia, nak guna cawan emas untuk minum air pun boleh masa itu, tetapi baginda tak guna cawan emas, sebab Zuhud, nak tidur atas katil emas dan tilam emas pun boleh masa tu sebab baginda ada hasil rampasan perang yang banyak, dan kalau buat siapapun tak kata apa sebab dia Ketua Negara dan Nabi Allah yang maksum, lebih-lebih lagi kalau beri alasan kerajaan saingan semasa itu, iaitu Parsi dan Rom, pemerintah mereka semua hidup mewah belaka, kitapun kena tunjuk haibah kepada mereka baru mereka terima dan hormat kita. Tapi Nabi yang mulia tidak buat macam tu sebab apa? Sebab dia Zuhud tak ligan dunia."

Prang.... prang.... Bang Mat ceramah tajuk "Zuhud"..... aku terpikir dalam hati, "boleh tahan orang tua ni, tasawuf dia tinggi ni...".

Akhirnya, Bang Mat sebut, "aku pun tak boleh nak Zuhud seperti yang ditunjuk oleh Rasulullah saw, tetapi aku boleh tunjuk orang yang zuhud di zaman ini, yang masih memerintah dan masih hidup iaitu Ahmadinejad, kita ni kena ambik dia sebagai contoh kontemporari yang ada depan mata"

Seseorang itu mencelah, "Huissss.......... dia tu Syiah sesat.... orang Syiah masuk neraka"

Aku tak ingat, apa Bang Mat jawab kepada seseorang selepas itu...

Untuk berkongsi mengenali ke zuhudan orang yang bernama Ahmadinejad, Presiden Iran sekarang sila klik disini atau baca buku "Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam" - karangan Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim dan Alfian Hamzah (mereka adalah wartawan Indonesia yang boleh berbahasa Parsi), terbitan PTS Publications Sdn Bhd.

Wahai pemuda dan pemudiku, jangan salah faham.... Zuhud bukan bermakna malas kerja mencari rezeki Tuhan, Zuhud bukan bermakna malas menggunakan seluruh kreativiti akal untuk mereka cipta ciptaan baru. Fahamilah Zuhud dengan sebenar-benarnya dan dengan itu kita akan menguasai dunia bukan dunia yang menguasai kita.

Lebih banyak lagi ilmu yang perlu ku timba dari lubuk hati orang yang bernama Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS.

Kata Dusta yang paling aku benci, "Pemimpin Berjiwa Rakyat"

BIMBANG DAN TUMBANG

BIMBANG DAN TUMBANG

Penulis Tamu - ibnabdullah awab

Suloh Kandil.
"Ajaklah manusia kepada 'Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula, sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang LEbih Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan Dialah Yang Lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk". - (Al Quraan- Surah An-Nahl: 125)

"Bumi telah menjadi sempit bagi mereka, pada hal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit pula terasa oleh mereka, sedang mereka telah mengetahui, bahawa tidak ada tempat lari dari seksaan 'Allah melainkan kepadanya saja". - (Al Quraan- Surah At Taubah: 118)

"Sesungguhnya 'Allah dan malaikatnya bersalawat untuk nabi, hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam kepadanya" - (Al Quraan- Surah Al-Ahzab: 56)

'Sesungguhnya salah saorang daripada kamu adalah teladan kepada saudaranya. Apabila dia mengetahui kesusahan saudaranya hendaklah dia berusaha menghilangkannya'. - (Hadis Riwayat: Tirmizi)